HILAL RAMADHAN 1430H /2009

19.8.09






Assalamu'alaikum. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Selamat datang wahai bulan Ramadhan yg dimuliakan Allah SWT kepada kita semua ummat Muhammad SAW.

Di sini, pihak kami ingin menjemput seluruh warga kampus terutamanya para pelajar dan staf USMKKJ yang beragama Islam untuk bersama-sama hadir ke Majlis Ihya' Ramadhan anjuran Pusat Islam USMKKj. Sasaran bilangan penyertaan pada kali ini ialah seramai 300 orang. Pihak Pusat Islam juga menjemput pihak PALAPES untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Ihya' Ramadhan pada kali ini. Seperti biasa, jamuan makan akan disediakan oleh Pusat Islam. Rugi jika tak datang majlis yang penuh berkat ni. Jangan pula sehingga makanan tersebut terpaksa dibazirkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya, kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis dan mampu mengelakkan pembaziran. Kalau ada lebih, bolehlah diambil untuk bekalan sahur pula.

* MAKLUMAN: Dua trip bas akan disediakan dari kafe Lembaran ke Pusat Islam pada waktu Maghrib bagi warga kampus yang berminat.

Pada keesokan harinya, seluruh ummat Islam akan berpuasa sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

BERSAMA MEMERIAHKAN KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1430HIJRAH

0 KOMENAN: