INGAT ALLAH KETIKA SENANG DAN SUSAH

3.1.09




"Katakanlah: Siapakah yang menyelamatkan kamu daripada bencana-bencana di darat dan di laut? (ketika) kamu berdoa kepadaNya dengan merendah diri (secara terang-terangan) dan secara sembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika ALLAH selamatkan kami dari bencana ini nescaya kami akan menjadi di antara orang-orang yang bersyukur." (Surah Al-An'am: 63)



HURAIAN

  • Kesenangan merupakan nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia supaya mereka mensyukuri nikmat yang diperolehi. Manusia tidak boleh leka dengan kesenangan dengan menggunakannya ke jalan yang tidak wajar.

  • Bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada jalan ALLAH, mereka menggunakan nikmat kesenangan ke jalan yang diredhai ALLAH SWT. Manakala kesusahan pula merupakan ujian daripada ALLAH untuk melihat sejauh mana keimanan mereka.
  • ALLAH menjadikan kesusahan untuk menguji manusia sejauh mana taat setia dan kepatuhan mereka kepada perintahNya dan sejauh mana mereka mampu meninggalkan laranganNya. Namun begitu, memang menjadi tabiat hidup manusia, mudah lupa dengan ujian kesusahan apabila mereka dilimpahi kemewahan dan nikmat kesenangan.

  • Manusia mudah melupakan ALLAH apabila berada dalam kesenangan selepas ALLAH menolongnya bebas dari kesusahan. Oleh itu, umat Islam hendaklah sentiasa mengingati ALLAH ketika senang dan ketika diuji kesusahan.

0 KOMENAN: