Idola biasanya berkait rapat dengan orang yang kita kagumi dan puja.. Siapa idola yang dipilih biasanya berkaitan rapat dengan orang yang terkenal. Idola yang menjadi pilihan dikalangan kita hari ini berkait dengan hiburan yang dijadikan ikutan dari sudut remeh temeh seperti cara berpakaian, potongan rambut, cara hidup dan sebagainya. Jarang sekali orang kita khususnya golongan muda pada masa kini mencari idola untuk diikuti dari segikebaikannya seperti adab sopan, ibadah, disiplin, perjuangan hidup dan sebagainya.
Jiwa yang kosong dan lemah membuatkan manusia mudah suka pada keseronokan yang mengikut nafsu. Nafsu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Seperti firman Allah dalam surah Yusuf ayat 53. “ sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhan (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu).”
Pastinya kebebasan dan keseronokan tanpa batas ini sesuai dengan jiwa yang kosong. Ramai yang tertipu dengannya. Disebalik keinginan ini terlindung kemahuan hawa nafsu yang tabiatnya cenderung kepada kajahatan, kelalaian dan keseronokan. Dengan hawa nafsu, syaitan sering berjaya menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Tambahan pula, jalan ke neraka dihiasi dengan keseronokan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya neraka itu dipagari dengan kesenangan-kesenangan nafsu manakala syurga pula di pagari dengan hal-hal yang dibenci nafsu.”
Hal ini berlaku kerana,berlakunya kekosongan jiwa yang dahaga dan laparkan pengisian rohani yang sejati. Manusia dilahirkan dengan fitrahnya suka kepada kebaikan dan suka jika kebaikan dilakukan kepadanya. Dalam hidup ini, manusia perlukan pedoman, pimpinan dan suri teladan yang baik. Pendedahan kepada latihan jiwa mendidik hawa nafsu amat perlu dalam menangani gejala tidak sihat ini. Pendedahan kepada ilmu dan amali perlu dalam mengenal nafsu dan mendidiknya agar hati mudah suka pada perkara baik dan menjauhi pengaruh syaitan.

MAWI DAN SYEIKH AHMAD YASSIN
Antara 2 tokoh ini, yang mana satukah lebih kita kenali?
0 KOMENAN:
Post a Comment