ADAP DEPAN MAKANAN

1.12.08




Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika Baginda rasa berselera (terbuka selera), Baginda akan memakannya. Dan jika tidak, Baginda akan meninggalkannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).


RINGKASAN



  • Perbuatan mencela atau menghina makanan amat dilarang dalam Islam.


  • Orang yang TIDAK mencela makanan walaupun dengan perkataan: "Makanan ini masinlah! Makanan ini tawarlah! Asyik masak menu ni je!" dan seumpamanya adalah orang yang mencontohi dan menuruti sunnah Nabi Muhammad SAW.


  • Makanan adalah salah satu nikmat ALLAH SWT, maka wajiblah bagi seseorang muslim itu mensyukuri dan memuliakannya. Antara tanda bersyukur itu ialah tidak menghina dan mencelanya sesuka hati.


  • Barang siapa yang dihidangkan makanan atau minuman yang tidak disukainya, maka hendaklah ia meninggalkannya tanpa mencela atau menghina kerana ia adalah nikmat kurniaan ALLAH SWT.


  • Orang yang mencela rezeki dan nikmat ALLAH adalah orang yang kufur kepada ALLAH dan bakal beroleh celaan di akhirat.


  • Sebaiknya, ketika menghadap makanan, hendaklah kita mengenangkan nasib insan yang dilanda kebuluran, orang-orang yang susah diulit kelaparan.

0 KOMENAN: