Kehidupan yang baik dan berkualiti (hayatan toyyibah) sangat erat hubungannya dengan kehidupan di akhirat. Sifat ar-Rahim dari ALLAH khusus untuk orang beriman di akhirat. Mereka akan mendapat kehidupan yang baik dalam ertikata sebenar iaitu kehidupan yang berkekalan di syurga.
ALLAH berfirman: "Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya 'hayatan toyyibah' dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baikdari apa yang telah mereka kerjakan." (Surah An-Nahl:97)
Kehidupan berkualiti di dunia memberi kesan pada kehidupan di akhirat. Iman dan amal merupakan syarat utama untuk mecapai kehidupan yang baik dan berkualiti. Tanpa iman dan amal soleh, seseorang tidak akan memperolehi kehidupan yang baik walaupun kehidupannya nampak berjaya dan bahagia.
Hayatan toyyibah mempunyai kaitan dengan ketenangan jiwa iaitu sesuatu yang diperlukan oleh manusia melebihi kesenangan zahir. Ketenangan jiwa akan diperolehi sekiranya hati mempunyai rasa syukur, sabar, redha dan qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada). Semua ini dirasai oleh orang yang jiwanya kukuh dengan iman.
0 KOMENAN:
Post a Comment