
Exco Penerangan dan Hal Ehwal Kampus PMIUSMKKj mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada seluruh warga kampus. Didoakan agar semua beroleh kejayaan yang cemerlang...insyaAllah.
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya." (Surah Ar-Ra'ad:11)
Jadi, nasib saya, masa depan saya, saya mahu jadi apa, sayalah yang menentukannya. Berjaya dan gagalnya saya, sayalah yang ciptakan. Saya sendiri merancang apa yang akan saya kecapi dalam hidup. Takdir Allah ada di hujung usaha manusia. Allah Maha Adil. Dia akan memberi sesuatu sesuai dengan kadar usaha dan ikhtiar seseorang itu. Dahulukan dengan usaha kemudian bermohonlah kepada Allah agar usaha kita diberkati dan dimudahkan kemudian bertawakallah kepada Allah yakni berserah agar setiap usaha kita diberi pengakhiran yang baik.
.
0 KOMENAN:
Post a Comment