HILAL RAMADHAN 1430H /2009

19.8.09






Assalamu'alaikum. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Selamat datang wahai bulan Ramadhan yg dimuliakan Allah SWT kepada kita semua ummat Muhammad SAW.

Di sini, pihak kami ingin menjemput seluruh warga kampus terutamanya para pelajar dan staf USMKKJ yang beragama Islam untuk bersama-sama hadir ke Majlis Ihya' Ramadhan anjuran Pusat Islam USMKKj. Sasaran bilangan penyertaan pada kali ini ialah seramai 300 orang. Pihak Pusat Islam juga menjemput pihak PALAPES untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Ihya' Ramadhan pada kali ini. Seperti biasa, jamuan makan akan disediakan oleh Pusat Islam. Rugi jika tak datang majlis yang penuh berkat ni. Jangan pula sehingga makanan tersebut terpaksa dibazirkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya, kehadiran anda semua akan memeriahkan lagi majlis dan mampu mengelakkan pembaziran. Kalau ada lebih, bolehlah diambil untuk bekalan sahur pula.

* MAKLUMAN: Dua trip bas akan disediakan dari kafe Lembaran ke Pusat Islam pada waktu Maghrib bagi warga kampus yang berminat.

Pada keesokan harinya, seluruh ummat Islam akan berpuasa sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

BERSAMA MEMERIAHKAN KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1430HIJRAH

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USMKKj 09/10

19.7.09

Assalamualaikum...

Salam lestari.... InsyaAllah pada hari Isnin ini (20/7/09), Persatuan Mahasiswa Islam USMKKj akan mengadakan mesyuarat agung tahunan AGM PMI. Majlis ini akan berlangsung di Dewan Kuliah 5 dan bermula pada jam 9.30 mlm..

AGM ini diadakan bagi melantik barisan kepimpinan PMI yang baru bagi sidang 09/10..

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.. Sedikit jamuan ringan akan disediakan selepas mesyuarat tersebut.. Pendaftaran ahli baru turut disediakan bagi mereka yang tidak berkesempatan mndaftar menjadi ahli PMI sebelum ini..

Semoga kehadiran siswa siswi sekalian dpt memeriahkan lagi majlis tersebut.. insyaAllah..

SEMESTER BARU: NIAT BARU...SEMANGAT BARU

14.7.09



"Sesungguhnya ALLAH mencatatkan setiap kebaikan dan kejahatan. Sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, ALLAH mencatatkan untuknya satu pahala kebajikan yang sempurna. Jika ia berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya, maka ALLAH mencatatkan untuknya sepuluh (pahala) hingga 700 kali ganda atau lebih. Jika dia berniat hendak melakukan kejahatan lalu dilakukannya, maka ALLAH mencatatkan untuknya satu dosa." (Riwayat Muslim daripada Abdullah b Abbas)


Niat merupakan perkara penting dalam menentukan nilai perbuatan seseorang. Ia membezakan antara ibadah dan amalan rutin.


Contohnya, jika kita duduk dalam masjid. Jika kita berniat untuk beri'tikaf kepada ALLAH, ia dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala. Jika tidak, ia hanya dianggap duduk dalam masjid melainkan mengerjakan amal ibadah lain selama duduk di dalam masjid.


Penting sekali kita menekankan sedikit tentang niat. Biasakan diri berniat yang baik-baik demi mengharap redha ALLAH sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Niat tidak murni merupakan antara punca-punca seseorang tidak cemerlang seperti ingkar dan lupa, tidak kenal diri, jahil, bodoh sombong, ada ilmu tetapi tidak amalkan, tidak istiqamah, tidak satu hari, kurang semangat, kurang berdoa, enggan berubah dan kurang keberkatan hidup.

Niat adalah amalan hati seiring dengan amalan zahir. Nilai amalan bergantung kepada kesempurnaan amalan hati (niat); baik dari segi hukum fiqh (niat khusus sesuatu ibadah) dan juga dari segi tasawuf (tujuan kerana ALLAH).

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER II 08/09

9.4.09



Exco Penerangan dan Hal Ehwal Kampus, PMIUSMKKj mengucapkan selamat menduduki peperiksaan semester akhir bagi sesi 08/09 khususnya untuk warga Kampus Kejuruteraan. Semoga peperiksaan kali ini melakarkan kejayaan buat semua. InsyaAllah


Sedikit bingkisan buat semua.


Cara-cara mencapai kejayaan dalam hidup (sebagai mana diamalkan para tabi'in)

1. Kekalkan wuduk

2. Banyakkan bersedekah

3. Belanja orang makan

4. Jaga pemakanan (pastikan ia dari sumber yang bersih dan halal)

5. Kawan dengan golongan alim ulama

6. Jaga pancaindera.


"Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan selamatkanlah kami dari api neraka." (Al-Baqarah:201)

MENDAMBA CINTA MANUSIA AGUNG

8.3.09

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati...umati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Sahabat bukan...tabi’in pun bukan. Aku hanya insan yang tidak bernama di tengah jutaan umatmu. Zamanku amat jauh ke depan dari zamanmu. Jaraknya lebih seribu empat ratus tahun. Zaman ini engkau sebut sebagai ’akhir zaman’ dengan pelbagai petanda yang telah engkau gambarkan.

Duhai kekasih Allah...aku hanya sepusar buih dari lautan umatmu di akhir zaman. Kalau engkau sebutir mutiara bergemelapan, aku hanya sebutir pasir di celah selut hitam. Namun, betapa aku ingin dekati mutiara nun di kejauhan. Betapa aku ingin terbang untuk hampiri cahaya gemilang itu. Betapa aku ingin membersihkan diri dan keluar dari selut hitam untuk berkumpul dengan butiran-butiran putih jernih yang mengelilingi mutiara gemilang.

Duhai Nabi ALLAH.. Sepatutnya aku bangga menjadi umatmu. Seharusnya aku megah sebagai umat akhir zaman. Patutnya aku syukuri sebesar-besar nikmat yang ALLAH kurniakan ini. Nikmat apakah lagi yang lebih besar dari nikmat iman dan Islam lantaran terpilih sebagai umat seorang nabi penutup.

Oh Nabi... Jauh di sudut hati, aku berasa malu. Kuhadapkan wajahku ke cermin diri, lalu kulihat wajah-wajah hitam dan kusam. Wajah yang hanya membayangkan raut gelap dari pancaran cermin hati yang penuh dengan titik noda dan palitan dosa. Beginikah wajah umat Rasul pilihan?

Akukah mereka yang engkau rintihkan? Umatku...umatku...umatku... Menjelang sakaratmu? Akukah itu yang engkau bimbangkan tahap imanya sebagaimana sabdamu mengenai mereka yang paginya beriman, petangnya kufur? Akukah yang engkau sebut-sebut dari kalangan umatmu yang hatinya disaluti nifak? Akukah yang ALLAH firmankan sebagai golongan kemudian yang sedikit sahaja dari kalangannya yang bakal menghuni syurga idaman, manakala kebanyakannya calon warga neraka yang menggerunkan.

Oh Nabi... Berpeluangkah aku bertemu denganmu? Layakkah aku berada di majlismu? Dapatkah aku menatap wajah gemilangmu? Menyentuh tangan muliamu? Manghidu harum bau tubuhmu? Paling tidak, menerima pandangan kasihmu? Mungkinkah wajahmu dapat kutatap dalam mimipi indahku? Mungkinkah cahaya gemilang mutiara itu hanya dapat kudekati dalam tidurku?

Oh Nabi...engkau terlalu dekat, tetapi juga terlalu jauh. Engkau terlalu hampir. Tetapi, tidak juga dapat kuhampiri.

Oh Nabi.. andainya ada di kalangan umatmu yang terpaksa engkau hulurkan tangan muliamu untuk kau selamatkan dari api neraka, kuharapkan akulah orang itu. Akulah manusia yang tidak tahu malu itu, mengaku umatmu sedangkan jalan hidupmu tidak sepenuhnya aku selusuri. Sirahmu tidak aku hayati. Peribadi muliamu tidak mampu kusalin sebagai pakaian peribadiku.

Wahai Nabi ALLAH... tunggulah aku. Aku sering jatuh dalam perjalanan menyelusuri langkahmu. Namun aku akan berusaha untuk bangkit kembali. Dalam gelap ku tetap suluhi langkahmu. Tunggulah aku kerana aku ingin bersamamu. Tunggulah aku kerana aku ingin bersamamu. Tunggulah aku...kerana aku ini umatmu...
(MAJALAH ANIS:MEI2002)

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS NABI

2.3.09




1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud FiFathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, IbnKhuzaimah dan Hibban.


4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31


5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." RiwayatMuslim dan Bukhari.


8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud danTirmidzi.


10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii danIbn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.


13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

KEM JATI DIRI 2009

22.2.09

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...Segala pujian hanya bagi Allah. Pada 13, 14 dan 15 Februari yang lalu, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan kem jati diri yang telah diadakan di Bendang Man, Kedah.

Walaupun penyertaan peserta kurang mencapai sasarannya, namun ini tidak menghalang pihak penganjur dari terus melaksanakan program ini dengan sebaiknya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Kem Jati Diri ini. Semoga usaha kecil kita dalam menyampaikan ilmu ini diberkati Allah.

Berikut merupakan koleksi gambar sekitar tiga hari aktiviti tersebut dijalankan:




Kawasan sekitar kem


Kawasan sekitar kem 2

Kawasan sekitar kem 3

Sesi latihan dalam kumpulan

Pembentangan latihan dalam kumpulan oleh salah seorang peserta

Sesi riadah pagi

Salah seorang penceramah yang mengisi slot Kuliah


Peserta khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh penceramah

Pembentangan aktiviti dalam kumpulan yang memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan


Aktiviti ini melatih peserta berani dan yakin bercakap dikhalayak ramai


Peserta muslimat


Peserta muslimin

Sebahagian peserta dan AJK muslimin bergambar kenangan sebelum pulang



Peserta dan AJK muslimat bergambar kenangan sebelum pulang


Setiap peserta dan AJK yang menyertai kem ini mendapat buku-buku sumbangan Pejabat Mufti Pulau Pinang.